Friday, 21 February 2014

TENTATIF PROGRAM



TENTATIF PROGRAM

22  Februari 2014(Sabtu) -8.00pagi-6.00petang

Bil
Masa
Perkara
Lokasi
1
8.00pagi-8.30pagi
Pendaftaran
Dewan Bendahara
2
8.30pagi-9.30pagi
Senamrobik Malaysia bersama (Non Resident), Jemputan Qariah Sejagat, NGO dan Organisasi Kerajaan di Perkarangan Dewan Dewan Bendahara, UiTM Melaka Kampus Alor Gajah
Dewan Bendahara
3
9.30pagi-10.30pagi
Sarapan Pagi: Tetamu Jemputan, Pelajar dan  VIP
Dewan Bendahara
4
10.30pagi-11.30pagi
-Nyayian Lagu UiTM/iM4U/1 Malaysia/Melaka Maju
-Bacaan Doa
-Ucapan Ketua Projek.
-Ucapan KPP
-Ucapan Rektor UiTM Melaka(11.00pagi perasmian)
- Persembahan Tayangan Montaj
-Persembahan Seni Tari Malaysia
-Pembentangan Slide Awal(3 orang Siswa & Siswi)
Dewan Bendahara
5
11.30pagi-1.30petang
Kolokium Ilmiah :
”Cabaran Intergrasi Kaum Dan Peranan Media Kearah Kelestarian Tamaduan Bangsa”
MODERATOR:

EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH,B.K.T.

AHLI PANEL:

YB DATUK DR.ABU BAKAR MOHAMAD DIAH
(TIMBALAN MENTERI, MOSTI)
Y.BHG. DCP DATUK CHUA GHEE LYE
(KETUA POLIS NEGERI MELAKA)
Y.BHG.PROF. DATUK DR.MOHD TAJUDIN NINGGAL
(PROFESOR PSIKOLOGI KAUNSELING, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA)
(CABUTAN BERTUAH & WANG TUNAI MENANTI ANDA)

Dewan Bendahara

6
1.30petang-2.00petang
Solat Jemaah (Zohor)
Dewan Bendahara
7
2.00petang-2.30petang
Makan Tengahari
Dewan Bendahara
8
2.30petang-6.00petang
Pembentangan Slide
MMC1101C/MMC1101D/MMC1101E/MMC1104A/MMC1104B
Sesi Bergambar & Bersurai
(CABUTAN BERTUAH & WANG TUNAI MENANTI ANDA)


Dewan Bendahara

Thursday, 20 February 2014

JOM SERBU , WANG TUNAI DAN HAMPER MENANTI ANDA ! !

CABUTAN BERTUAH (HAMPER) DAN WANG TUNAI PERTAMA RM300, KEDUA RM200 DAN KETIGA RM100 MENANTI ANDA YANG HADIR, TIDAK KIRA SIAPA ANDA, PELAJAR, ORANG AWAM MAHUPUN PENSYARAH, REZEKI MENANTI KITA, APA TUNGGU LAGI JOM SERBU, PROGRAM ILMU DAN HADIAH MENANTI.........................


Sila layari Blog kami: http://colloquiummcss.blogspot.com/


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Kolokium dan Salam UiTM Dihatiku,

Y.Bhg. Datuk/Prof/Dr/Tuan/Puan,

Sukacita dan Takzimnya dijemput untuk menjayakan :

KOLOKIUM WACANA ILMU DALIL, PENGHUJAHAN ISU SEMASA DAN INTERGRASI KAUM

TARIKH : 22 FEBRUARI 2014(SABTU)
MASA: 8.00PAGI-6.00PETANG
TEMPAT:
DEWAN BENDAHARA ,UiTM KAMPUS ALOR GAJAH MELAKA

PERASMIAN:
Y.BHG.PROF.MADYA DR.MOHD ADNAN BIN HASHIM
(REKTOR,UITM MELAKA)

TAJUK KOLOKIUM:
“CABARAN INTERGRASI KAUM DAN PERANAN MEDIA KEARAH KELESTARIAN TAMADUN BANGSA”

MODERATOR:

EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH,B.K.T.

AHLI PANEL:

YB DATUK DR.ABU BAKAR MOHAMAD DIAH
(TIMBALAN MENTERI, MOSTI)
Y.BHG. DCP DATUK CHUA GHEE LYE
(KETUA POLIS NEGERI MELAKA)
Y.BHG.PROF. DATUK DR.MOHD TAJUDIN NINGGAL
(PROFESOR PSIKOLOGI KAUNSELING, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA)

PEMBENTANGAN “PERSUASIVE SPEECHES”

RENTASI ISU SOSIAL, EKONOMI,POLITIK,KEHIDUPAN KAMPUS DLL OLEH SISWA DAN SISWI FKPM UiTM MELAKA

ANJURAN

FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA , UiTM MELAKA
(MMC1101C/MMC1101D/MMC1101E/MMC1104A/MMC1104B)
DENGAN KERJASAMA
UTM/PDRM/AADK/JAIM/UNIT POLIS BANTUAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA/KELAB SUKARELAWAN INTELEK/NON RESIDENT, UiTM MELAKA

PENGLIBATAN

KAKITANGAN ORGANISASI KERAJAAN/SWASTA/ORANG AWAM, JKKK LENDU, TAMAN DIMENSI, INTEKMA.

TEKS DOA


PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM
DI DEWAN BENDAHARA UiTM MELAKA
SABTU,22 FEB.2014, 8.00PAGI-6.00PETANG
PERASMIAN:11.00PAGI
22 .02.2014(SABTU)


AL FATIHA....
AL HAMDULILLAH HI RAB BIL A’LAMIN
HAM DAI YUWAFI NIK MAHU WA U KAFI MA ZIDAH
YA ROBANA LA KAL HAM DU
KAMA YAM BAGHI LI JA LA LI WAJ HI KAL KARI MI
WA’AZIMI SULTONIK
ALLAH HUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD
WA ALA ALI MUHAMMAD
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Ya Allah Ya Rob, kami dengan penuh keyukuran pada pagi/petang ini memohon kerahmatan dan kesejahteraan kerana berjaya dengan izinmu merealisasikan Kolokium Wacana Ilmu Dalil Penghujahan dan Intergrasi kaum  atas usaha murni  FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA UiTM MELAKA, dengan kerjasama erat, PDRM, AADK, UTM, Jabatan Penerangan Malaysia,Parlimen Tangga Batu, Japerun Rembia,Komuniti Sejagat serta seluruh Warga Kampus.



Ya Allah kami amat bersyukur dan insaf serta benar-benar ingin bertakwa diatas iman dan islam yang telah dikau kurniakan terhadap kami,keluarga kami, saudara mara kami dan sesiapa yang kau inginkan mereka perolehi hidayahmu Ya Allah.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami lalai Ya Allah, Kami Leka Ya Allah, Kami Khainat Ya Allah, Kami Hina Ya Allah, Kami berdosa Ya Allah, Kami Zalim Ya Allah, Ya Allah kami langsung terlupa dan tidak mahu bersyukur terhadap nikmat Iman dan Islam yang dikau curahkan Ya Allah, kami sering pentingkan diri, hasat Ya Allah, kami berpecah belah, fitnah mefitnah,mementingkan pangkat, kuasa dan kedudukan Ya Allah.Ampunkan kami Ya Allah satukanlah hati-hati kami Ya Allah, sedarkanlah jiwa-jiwa kami Ya Allah sesunggunya Maha Benar Kau Ya Allah, dunia ini hanya tempat tumpangan justeru akhirat jualah tempat untuk kami kembali untuk selamanya Ya Allah.
Ya Allah
Dikau selamatkan,lindungi dan berkati perjuangan jihad saudara kami dibumi Pelestin, Mesir,Iraq,Afganistan,Iran, dan juga tanah tumpah darah kami Malaysia,serta Negeri kami Melaka Bandaraya bersejarah Ya Allah.
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.



Ya Allah, bantulah kami, bantulah kerajaan dan pemimpin kami, untuk menyatu padukan seluruh rakyat dinegara ini, Ya Allah dikau satukanlah hati-hati para pemimpin Islam dinegara kami, yang berlainan fahaman, ideologi dan prinsip perjuangan, Ya Allah, kesihanilah diri kami, para pemimpin kami dan CEO kami yang sering berselisih antara satu dengan yang lain, sedangkan kami dikau berikan nikmat Iman dan Islam, Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, sepatutnya kami menjadi bangsa yang memuliakan agamamu Ya Allah dan bangsa contoh terpuji kepada umat adam yang lain Ya Allah, bukanlah kami pula yang mengkufuri nikmat akidah yang dikau curahkan Ya Allah.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
WA SOL LALLAHU ALA SAIDINA MUHAMMAD WA ALA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM WAL HAMDULILLAHI RABBI ALAMIN.


TEKS UCAPAN KETUA PROJEK

TEKS UCAPAN KETUA PROJEK
PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM
DIDEWAN BENDAHARA UiTM MELAKA
SABTU,22 FEB.2014, 8.00PAGI-6.00PETANG
PERASMIAN:11.00PAGI
__________________________________________________________

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH,

SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KOLOKIUM,SALAM MELAKA NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU, MELAKA 752 TAHUN, SALAM UKWAH,SALAM PERPADUAN DAN SALAM UiTM DIHATIKU...

YB DATUK DR ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
TIMBALAN MENTERI
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI(MOSTI)

Y.BERBAHAGIA, PROF. MADYA DR MOHD ADNAN BIN HASHIM
REKTOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA(UiTM) MELAKA

Y.BERUSAHA DR. RANI DIANA BINTI OTHMAN
TIMBALAN REKTOR, HAL EHWAL AKADEMIK(HEA)
UiTM MELAKA

YANG DIHORMATI DCP DATUK CHUA GHEE LYE
KETUA POLIS NEGERI MELAKA

Y.BHG.PROF.DATUK DR.MOHD TAJUDIN BIN NINGGAL
PROFESOR PSIKOLOGI KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA





Y.BERUSAHA. EN.NORAZMAN HARUN
TIMBALAN REKTOR
HAL EHWAL PELAJAR, UiTM MELAKA

Y,BERUSAHA. AL FADHIL USTAZ RAHIMIN BIN BANI
KETUA PENOLONG PENGARAH
BHG. PENGUATKUASA
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA

Y.BERUSAHA, TN HJ SHAHNON BIN MOHAMAD
PENOLONG PENGARAH (GSPI)
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA

Y.BERUSAHA.DR. S.SALAHUDIN SUYURNO
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DIMENSI
ALOR GAJAH MELAKA

Y.BERUSAHA.KAPT. B. MARZUKI BIN AB RASHID
PEGAWAI KESELAMATAN KANAN
POLIS BANTUAN, UiTM MELAKA

Y.BERUSAHA. EN. SHAHRIL ANUAR BIN ABDUL GHALIM
KETUA PUSAT PENGAJIAN
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
UiTM MELAKA

Y.BERUSAHA.EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH,B.K.T.
KETUA PENGARAH PROJEK, KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM



DATUK/DATIN/PROF/DR/TUAN/PUAN,
PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN.

1.ALHAMDULILLAH ,MARILAH KITA SAMA-SAMA MERAFATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T.KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA, KITA DAPAT BERHIMPUN DI MAJLIS KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM, ANJURAN FAKULTI KOMUNIKASI PENGAJIAN MEDIA UiTM MELAKA DENGAN KERJASAMA PELBAGAI ORGANISASI KERAJAAN, NGO, KOMUNITI SERTA WARGA KAMPUS UiTM.

2. YB DATUK/PROF/DR/TUAN/PUAN, SAYA SELAKU KETUA PROJEK KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU,DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGARSI KAUM AMAT OPTIMIS DAN KOMITED DALAM MEREALISASIKAN PROGRAM WACANA ILMU INI, KHUSUSNYA MELALUI KOLOKIUM SERTA PEMBENTANGAN SPEECH TO PERSUADE. APA YANG AMAT KREDIBEL DAN UNIK DALAM PROSES PEMBELAJARAN KAMI, WUJUD ELEMEN INOVASI PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN, JIKA DAHULU SPEECH TO PERSUDE MAHUPUN PENGUCAPAN AWAM DIREALISASIKAN SECARA DALAM BILIK KULIAH, NAMUN KALI INI MERUJUK PENDEKATAN NBOS YAKNI PEMIKIRAN KRITIKAL DAN ANJAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN, SERTA PEMBELAJARAN PARA PENSYARAH KAMI DIFAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA KHUSUSNYA SIR MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH, B.K.T. SENTIASA MENGILHAMKAN PELBAGAI PEMBAHARUAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.



3.      PARA HADIRIN SEKALIAN KAMI PARA SISWA DAN SISWI UiTM DISUNTIKAN DENGAN PELBAGAI ROADMAP DAN STRATEGIK PEMBELAJARAN DAN GAYA SERTA TEKNIK PENGUCAPAN AWAM SERTA PERBAHASAN YANG BERSIFAT LEBIH REALISTIK DAN KREDIBEL, YANG MENEKANKAN ELEMEN ETHOS(KREDIBILITI), PATHOS(EMOSI) DAN  LAGOS MERUJUK FAKTA YANG KREDIBEL.PARA HADIRIN SEKALIAN JIKA DILIHAT PENDEKATAN PENGUCAPAN AWAM DAN KEPIMPINAN PARA PEMIMPIN HEBAT NEGARA SEPERTI TUN DR MAHATHIR MOHAMMED, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG MAMPU BERTAHAN SELAMA 22 TAHUN, DALAM ARENA KEPIMPINAN DAN POLITIK BEGITU JUGA KEPIMPINAN HEBAT DAN BERKARISMA YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA, YANG KINI MENGALAS TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN NEGARA SERTA LANDSKAP POLITIK NEGARA KE ARAH MERCU TANDA PEMBANGUNAN EKONOMI YANG MAMPAN, MALAYSIA MAMPU MENJADI CONTOH NEGARA ISLAM YANG TERBAIK DARI SEGI PERTUMBUHAN EKONOMI, KDNK NEGARA BERADA DITAHAP YANG MEMBANGGAKAN, INFLAS NEGARA TERKAWAL DAN PENDEKATAN PENGURANGAN SUBSIDI NEGARA DENGAN PENEKANAN ASPEK RASIONALISASI SUBSIDI TELAH BANYAK MEMBANTU PEMBANGUNAN FIZIKAL NEGARA.

4.      NAMUN SEBAHAGIAN DARIPADA RAKYAT DAN GENERASI MUDA MEMANDANG ENTENG DAN MEMPERLEKEHKAN NIAT BAIK SERTA ROADMAP KERAJAAN, UNTUK MENYELAMATKAN EKONOMI NEGARA AGAR TIDAK MERUDUM DAN MEGALAMI KEMELESETAN. RAKYAT KINI MULAI MEMPERTIKAIKAN SATU JANJI KERAJAAN KETIKA MENJELANAG PRU13, MANIFESTO KERAJAAN SATU JANJI DITEPATI, KINI DIPERLEKEHKAN KONONNYA SATU JANJI DICAPATI, BILA SUBSIDI GULA, MINYAK, DIKURANGKAN DAN TARIF LETRIK DINAIKAN,JUSTERU TOL PULA DIGAZETKAN AKAN DINAIKAN TELAH MENYEBABKAN SUARA-SUARA SUMBANG SEGELINTAR PIHAK YANG MEMPERTIKAIKAN KEPIMPINAN KERAJAAN,


SEDANGKAN KERAJAAN MAMPU MENDAPAT KEUNTUNGAN DARIPADA PENJIMATAN MAHUPUN PENGURANGAN SUBSIDI, HASIL DARIPADA PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN INI, MAMPU DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT LEBIH TERBELA MENERUSI PEMBERIAN BRIM , BAUCAR BUKU, PEMBERIAN RM100 UNTUK PELAJAR SEKOLAH SERTA PELBAGAI LAGI KEMUDAHAN UNTUK MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT.

5.      PARA HADIRIN SEKALIAN APA YANG SAYA SEBUTKAN DAN UCAPKAN TADI ADALAH PENDEKATAN SPEECH TO PERSUADE YANG MELIBATKAN ELEMEN ETHOS, PATHOS DAN LAGOS, JUSTERU, KITA PERLU MELAHIRKAN RAMAI PEMIDATO POLITIK DAN CEO YANG BIJAK BERKOMUNIKASI DAN MAMPU MEMPENGARUHI MASYARAKAT SERTA STAKEHOLDERS,

 HARI INI JUGA KITA LIHAT RAMAI PEMIDATO, PEMIMPIN POLITIK SERTA CEO, TIDAK MAHIR DAN MAMPU MENGUASAI 3 ELEMEN KOMUNIKASI RETORIK YANG SAYA SEBUTKAN TADI, YANG ADA ADALAH PENGUCAPAN AWAM YANG LEBIH BERSIFAT FITNAH, AIB MENGAIB, KONFLIK DAN MENYENTUH PERIBADI INDIVIDU LAIN, SEBAB ITU, SAYA ULANGI PENDEKATAN YANG DILAKUKAN OLEH PARA PENSYARAH KAMI, MELANTIK, MENDIDIK DAN MENYUNTIK ILMU PEMUJUKAN YANG SEPEECH TO PERSUADE YANG PRATIKAL , BERHADAPAN DENGAN AUDIEN YANG SEBENAR, LIHAT SAHAJALAH KEHADIRAN PARA AUDIEN PADA HARI INI BUKAN GOMONG-GOMONG KOSONG, INI BUKAN SUATU FANTASI, INI BUKAN SATU SENDIWARA ATAU DENGAN KATA LAIN KAMI BUKAN MAHU MENYUSAHKAN DIRI KAMI, NAMUN INILAH DIA HAKIKAT PEMBELAJARAN YANG KREDIBEL DAN MENCABAR SERTA PROFESIONAL.





6.      PARA HADIRIN SEKALIAN SIAPA SANGKA DALAM PERHIMPUNAN PADA PAGI INI, KEHADIRAN MENTERI, CEO PDRM, CEO FAKULTI PENDIDIKAN SERTA PERBINCANGAN BERKAITAN PEJALANAN KOLOKIUM KAMI TURUT DIIKUTI OLEH PELBAGAI ORGANISASI TERMASUK BUKIT AMAN, UNIT CAWANGAN KHAS, KAMI ADALAH WARGANEGARA DAN SISWA DAN SISWI YANG BERMARUH, BERINTERGRITI TINGGI SERTA BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KEPIMPINAN KERAJAAN SERTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN,

NAMUN DEMIKIAN PLATFORM SEDEMIKIAN MEMBERIKAN KAMI LALUAN UNTUK BERSUARA, BERKONGSI PANDANGAN DAN MENEGUR PEMIMPIN SEMUA PERINGKAT SECARA HIKMAH DAN TERTIB, ATAS DASAR PEMIMPIN MESRA RAKYAT, PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT DAN PEMIMPIN TURUN PADANG MENDEKATI WARGA KAMPUS SERTA KOMUNITI, SAYA YAKIN JIKA INILAH AKHLAK DAN PENDEKATAN YANG DITUNJUKAN PASTI GENERASI MUDA YANG BAKAL MENGUNDI PADA PRU14 AKAN TAHU PERANAN MEREKA DALAM MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI MEREKA SERTA MASA HADAPAN NEGARA.

7.      PARA HADIRIN SEKALIAN, SAYA DENGAN RENDAH DIRI DAN KOMITEDNYA SEKALI LAGI MENGUCAPKAN JUTAAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTEGRASI KAUM.

8.      WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

(Teks Ucapan Disediakan Oleh: En.Muhammad Anwar Fahmi Bin Abdullah,B.K.T,
Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM Melaka,
016-3274098 / anwarfahmi36@gmail.com)

(Rujukan penggunaan gelaran dengan panduan Pn.Norazura Mohd Puzi,Pegawai Unit Majlis Dan Protokol Kerajaan Negari Melaka, 06-2307719)


SKRIP MC

SKRIP MC
PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM
DIDEWAN BENDAHARA UiTM MELAKA
SABTU,22 FEB.2014, 8.00PAGI-6.00PETANG
PERASMIAN:11.00PAGI
__________________________________________________________

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH,

SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KOLOKIUM,SALAM MELAKA NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU, MELAKA 752 TAHUN, SALAM UKWAH DAN SALAM UiTM DIHATIKU...


YB DATUK DR ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
TIMBALAN MENTERI
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI(MOSTI)

Y.BERBAHAGIA, PROF. MADYA DR MOHD ADNAN BIN HASHIM
REKTOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA(UiTM) MELAKA

Y.BERUSAHA DR. RANI DIANA BINTI OTHMAN
TIMBALAN REKTOR, HAL EHWAL AKADEMIK(HEA)
UiTM MELAKA

YANG DIHORMATI DCP DATUK CHUA GHEE LYE
KETUA POLIS NEGERI MELAKA

Y.BHG.PROF.DATUK DR.MOHD TAJUDIN BIN NINGGAL
PROFESOR PSIKOLOGI KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA





Y.BERUSAHA. EN.NORAZMAN HARUN
TIMBALAN REKTOR
HAL EHWAL PELAJAR, UiTM MELAKA

Y,BERUSAHA. AL FADHIL USTAZ RAHIMIN BIN BANI
KETUA PENOLONG PENGARAH
BHG. PENGUATKUASA
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA

Y.BERUSAHA, TN HJ SHAHNON BIN MOHAMAD
PENOLONG PENGARAH (GSPI)
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA

Y.BERUSAHA.DR. S.SALAHUDIN SUYURNO
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DIMENSI
ALOR GAJAH MELAKA

Y.BERUSAHA.KAPT. B. MARZUKI BIN AB RASHID
PEGAWAI KESELAMATAN KANAN
POLIS BANTUAN, UiTM MELAKA

Y.BERUSAHA. EN. SHAHRIL ANUAR BIN ABDUL GHALIM
KETUA PUSAT PENGAJIAN
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
UiTM MELAKA

Y.BERUSAHA.EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH,B.K.T.
KETUA PENGARAH PROJEK, KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM

Y.BERUSAHA. SDR.MUHAMMAD AMIRUL HASREEN BIN ABDULLAH
KETUA PROJEK, KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM





DATUK/DATIN/PROF/DR/TUAN/PUAN,
PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN.

1.ALHAMDULILLAH ,MARILAH KITA SAMA-SAMA MERAFATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T.KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA, KITA DAPAT BERHIMPUN DI MAJLIS KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM, ANJURAN FAKULTI KOMUNIKASI PENGAJIAN MEDIA UiTM MELAKA DENGAN KERJASAMA ERAT POLIS DIRAJA MALAYSIA(IPK NEGERI MELAKA),JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA,JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA,PARLIMEN TANGGA BATU, JAPERUN REMBIA, UNIT POLIS BANTUAN UiTM MELAKA, JKKK LENDU DAN JUGA PARA SISWA DAN SISWI MMC1101C / MMC1101D / MMC1101E / MMC1104A SERTA MMC1104B, DIPLOMA PENGAJIAN MEDIA, FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN, UiTM MELAKA

2.      PARA HADIRIAN SEKALIAN, PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM ADALAH MERUPAKAN CETUSAN UNTUK MEREALISASIKAN SUATU GAGASAN DAN PERCAMBAHAN ILMU SECARA TUNTAS MENERUSI ELEMEN KOMUNIKASI RETORIK ARISTOTLES SARJANA BAPA PENYELIDIKAN KOMUNIKASI YANG MENGADUNKAN ELEMEN ETHOS(KREDIBILITI), PATHOS(EMOSI) DAN LAGOS(FAKTA) DALAM SPEECHES TO PERSUADE MAHUPUN PENGUCAPAN PEMUJUKAN. PENDEKATAN HUJAH DAN DALIL DISERTAI PEMIKIRAN KRITIKAL DAN DILUAR KOTAK PEMIKIRAN LUMRAH, MERUJUK IDEALISMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, YANG JUGA MENCETUSKAN PENDEKATAN STRATEGIK LAUTAN BIRU(BLUE OCEAN STRATEGY) DALAM ASPEK PENGUCAPAN AWAM SERTA INOVASI DALAM PEMBELAJARAN PENGKULIAHAN TURUT MEMBUKA DIMENSI DAN LEMBARAN BARU DARI KALANGAN WARGA PENDIDIK DAN JUGA PARA SISWA DAN SISWI DI KAMPUS INI.

3.      Y. BHG. DATUK/PROF/DR/TUAN/PUAN, MAJLIS PADA PAGI INI BUKAN HANYA  BERSIFAT KREDIBEL DAN ILMIAH, MALAHAN DIMANTAPKAN LAGI DENGAN PENGLIBATAN PELBAGAI PIHAK, KHUSUSNYA PENDEKATAN CEO PELBAGAI ORGANISASI TURUN PADANG KE ALAM KAMPUS UNTUK MENDEKATI PARA SISWA, SISWI DAN JUGA MASYARAKAT SERTA KOMUNITI SETEMPAT.PENGLIBATAN PELBAGAI ORGANISASI KERAJAAN SEPERTI PDRM,AADK, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN AGAMA ISLAM,UTM, UNIT POLIS BANTUAN, PARLIMEN TANGGA BATU, JAPERUN REMBIA SERTA SELURUH WARGA FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, MEMPERLIHATKAN, DASAR KETERBUKAAN PARA PEMIMPIN NEGARA DAN JUGA PENGURUSAN UiTM YANG SENTIASA MEMBERIKAN RUANG YANG SEBAIK MUNGKIN UNTUK PARA SISWA DAN SISWI BERDISKUSI, BERKONGSI PANDANGAN DAN IDEA SECARA LEBIH PROFESIONAL DAN BERTANGGUNGJWAB, KHUSUSNYA DALAM MENYOKONG SEBARANG BENTUK DASAR DAN POLISI KERAJAAN YANG SEMEMANGNYA DIRANGKA UNTUK PEMBANGUNAN ANAK BANGSA SERTA MASYARAKAT DINEGARA INI.

4.      MAJLIS PADA PAGI INI, DITERUSKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU / IM4U / UiTM DIHATIKU DAN SATU MALAYSIA, MAJLIS DENGAN TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YB DATUK/PROF/DR/TUAN/PUAN DAN DEF-DEF KERHORMAT BANGUN UNTUK MENYANYIKAN LAGI BERKAITAN...

5.      PARA HADIRIN DIJEMPUT DUDUK, MAJLIS MENGUCAPKAN PENGHARGAAN TERHADAP KESUDIAN TUAN/PUAN UNTUK MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN DAN UiTM DIHATIKU SEBENTAR TADI.




6. UNTUK MEMBERKATI PERJALANAN MAJLIS PADA PAGI INI , DIJEMPUT SDR....MOHD DANIAL BIN SHARUDDIN..MEMIMPIN BACAAN DOA .

AMIN2 YA R’ALAMIN...

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERHADAP BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

7.      MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN TAYANGAN MONTAJ OLEH PARA SISWA DAN SISWI DIPLOMA KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM MELAKA. TAYANGAN MONTAJ INI ADALAH MERUJUK PERJALANAN DAN PERSIAPAN AWAL OLEH URUSETIA PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM.

8.      MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN TARIAN TRADISI SENI BUDAYA MALAYSIA, YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH PARA SISWA DAN SISWI BUMIPUTERA MALAYU.PARA HADIRIN SEKALIAN ATAS KONSEP 1 MALAYSIA, DAN KEUNTUHAN SEMANGAT PERPADUAN SERTA INTERGRASI KAUM, KITA UMAT MELAYU DAN BUMIPUTERA MAMPU MEMPERAGAKAN TARIAN SATU MALAYSIA MERENTASI KAUM DINEGARA INI.TARIAN TRADISIONAL MELAYU, CINA DAN INDIA MENJADI DAYA PENARIK PERMULAAN MAJLIS PADA PAGI INI.

9.      PARA HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN SDR MUHAMMAD AMIRUL HASREEN BIN ABDULLAH SELAKU KETUA PROJEK KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM.

10.    MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERHADAP UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI.

11.    MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT EN.SHAHRIL ANUAR BIN ABDUL GHALIM, SELAKU KETUA PUSAT PENGAJIAN, FAKULTI KOMUNIKASI DAN MEDIA UiTM MELAKA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BELIAU DIPERSILAKAN....


12. MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERHADAP UCAPAN KETUA PUSAT PENGAJIAN , FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA SEBENTAR TADI.

13. PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN UTAMA DAN PERASMIAN DARIPADA PROF MADYA DR.MOHD ADNAN BIN HASHIM, REKTOR UiTM MELAKA, DENGAN TAKZIMNYA DIPERSILAKAN DR...

14. MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN PENGHARGAAN TERHADAP UCAPAN YANG PENUH KREDIBEL SERTA TUNTAS DARIPADA KEPIMPINAN REKTOR UiTM MELAKA, SEBENTAR TADI.

15.MAJLIS MEMOHON KEPIMPINAN REKTOR KEKAL,TERUS BERADA DIPENTAS UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYERAHAN CENDERAMATA KEPADA PARA VIP.MAJLIS MEMPERSILAKAN EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PROJEK KOLOKIUM MENGIRINGI EN. SHAHRIL ANUAR BIN ABDUL GHALIM, KETUA PUSAT PENGAJIAN, FKPM UNTUK NAIK KEPENTAS UTAMA.

16.MAJLIS MEMPERSILAKAN YB DATUK DR ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI(MOSTI), TAMPIL MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA KEPIMPINAN REKTOR UiTM MELAKA.

17.MAJLIS MEMPERSILAKAN  YANG DIHORMATI DCP DATUK CHUA GHEE LYE, KETUA POLIS NEGERI MELAKA, TAMPIL NAIK KE PENTAS UTAMA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA REKTOR UiTM MELAKA.

18.SETERUSNYA DIPERSILAKAN Y.BHG.PROF.DATUK DR.MOHD TAJUDIN BIN NINGGAL, PROFESOR PSIKOLOGI KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA, DIPERSILAKAN.


19. DIPERSILAKAN TN HJ SHAHNON BIN MOHAMAD SELAKU PENOLONG PENGARAH (GSPI) JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA REKTOR UiTM MELAKA.

20. MAJLIS MEMPERSILAKAN EN. SHARIL ANUAR ABDUL GHALIM MENYAMPAIKAN CENDERAMATA PENGHARGAAN KEPADA REKTOR UiTM MELAKA,PARA HADIRIN DIMINTA MEMBERIKAN LALUAN KEPADA SESI BERGAMBAR UNTUK TUJUAN LIPUTAN MEDIA, PARA VIP DAN TETAMU KEHORMAT DIJEMPUT SEKALI NAIK KEPENTAS UNTUK MENERUSKAN SESI BERGAMBAR BERKAITAN.

21. TERIMA KASIH KEPADA BARISAN VIP DAN JUGA DEF-DEF JEMPUTAN DIMINTAK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PEMBENTANGAN SPEECH TO PERSUADE DARI KALANGAN 2 ORANG SISWA DAN SISWI UiTM.

22. DIPERSILAKAN SDRA. MUHAMMAD AMIRUL HASREEN BIN ABDULLAH UNTUK MENYAMPAIKAN TOPIK BERKAITAN CYBER CRIME...

23. PEMBENTANGAN SETERUSNYA DARIPADA SAUDARI SAKINAH BINTI SABUDIN  UNTUK MENYAMPAIKAN TAJUK PEMBENTANGAN BELIAU -GST.DIPERSILAKAN.







24. PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN PEMBENTANGAN SLIDE SPEECH TO PERSUADE MELIBATKAN PELBAGAI TOPIK SEMASA, HANGAT DAN MENARIK YANG MENYENTUH PELBAGAI ISU POLITIK,EKONOMI DAN SOSIAL AKAN DIBENTANGKAN SELEPAS MEMBERIKAN LALUAN KEPADA PERJALANAN KOLOKIUM PERDANA ATAS TAJUK “CABARAN INTERGRASI KAUM DAN PERANAN MEDIA KEARAH KELESTARIAN TAMADUN BANGSA”.


25.       MAJLIS PADA PETANG INI, MENYERAHKAN KEPADA PENGERUSI KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, YANG AKAN DITERAJUI OLEH EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH, B.K.T UNTUK MENERUSKAN KOLOKIUM YANG DINANTI-NANTIKAN PADA PETANG INI.

26.       MAJLIS DITANGGUHKAN UNTUK SOLAT ZOHOR DAN MAKAN TENGAHARI DAN PARA HADIRIN DIMINTA TERUS BERADA DIDEWAN INI UNTUK MENGIKUTI PEMBENTANGAN PARA SISWA DAN SISWI TERHADAP TOPIK SPEECH TO PERSUADE MULAI JAM 2.30PETANG.

27.       MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN PENGHARGAAN KEPADA SELURUH WARGA UiTM, ORGANISASI LUAR DAN JUGA ORANG PERSEORANGAN YANG MENJAYAKAN KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJANAN DAN INTERGRASI KAUM, SEBARANG KELEMAHAN DARIPADA KAMI DIDAHULUI DENGAN PERMOHONAN MAAF, YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH SWT DAN CELA ITU TERBIT DARIPADA DIRI KAMI SENDIRI.

28.    WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

(Teks Ucapan Disediakan Oleh: En.Muhammad Anwar Fahmi Bin Abdullah,B.K.T,
Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM Melaka,
016-3274098 / anwarfahmi36@gmial.com)

(Rujukan penggunaan gelaran dengan panduan Pn.Norazura Mohd Puzi,Pegawai Unit Majlis Dan Protokol Kerajaan Negari Melaka, 06-2307719)