Sunday, 9 February 2014

MESYUARAT KEDUA KOLOKIUM MCSS

Semua pelajar MMC1101D telah diwajibkan untuk hadir ke mesyuarat kedua yang telah di adakan di bilik sir anwar fahmi pada 5 februari yang lepas . Mesyuarat yang diadakan lebih dua jam ini lebih menitik beratkan aktiviti-aktiviti yang bakal di adakan sepanjang majlis ini berlansung. Kami mengambil masa yang lama untuk memilih lagu untuk satu kejutan yang bakal kami lakukan untuk anda semua. Mungkin anda akan mengatakan kami nampak main-main atau tidak serius ketika berada di dalam mesyuarat namun kami pastinya telah memberikan 100 peratus komitmen kepada event ini.

Pastinya sesuatu majlis akan menjadi bosan tanpa sebarang hiburan. Jangan risau , kami bukan sahaja memberikan anda ilmu yang kami perolehi malah kami akan hiburkan hati anda sebaik mungkin. Antara aktiviti yang berada dalam pembincangan kami ialah senamseni satu malaysia yang akan diketuai oleh class rep setiap kelas serta beberapa pelajar yang bakal di pilih nanti. Kami juga merancang untuk menyanyikan lagu 1Malaysia serta lagu 1M4U dan banyak lagi aktiviti yang berada dalam perancangan kami , jadi turun dan sertailah kami. Jangan lupa hafal ya lirik lagu tersebut

Mungkin kami hanya pelajar part 1, pelajar baru di dalam bidang ini, namun semangat yang diberikan oleh pensyarah kami membuatkan kami berkobar-kobar untuk menjayakan event ini sebaik mungkin. Event yang bakal diwarisi kepada setiap pelajar part 1 bermula sem hadapan.


Apa yang kami harapkan supaya kami mencipta sejarah sebagai batch pertama untuk part 1 yang bakal menguruskan antara majlis terbesar di UiTM Melaka ini dengan cemerlang dan bakal menjadi contoh kepada mahasiswa dan mahasiswi lain. Sokonglah event kami ini kerana ini semestinya bukan hanya untuk kelas yang terlibat sahaja tetapi kami semua akan mewakili pelajar part 1 fakulti komunikasi dan pengajian media. 














No comments: