PROGRAM
KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM
DI DEWAN
BENDAHARA UiTM MELAKA
SABTU,22
FEB.2014, 8.00PAGI-6.00PETANG
PERASMIAN:11.00PAGI
22 .02.2014(SABTU)
AL FATIHA....
AL HAMDULILLAH HI RAB BIL A’LAMIN
HAM DAI YUWAFI NIK MAHU WA U KAFI MA ZIDAH
YA ROBANA LA KAL HAM DU
KAMA YAM BAGHI LI JA LA LI WAJ HI KAL KARI MI
WA’AZIMI SULTONIK
ALLAH HUMMA SOLLI ALA SAIDINA MUHAMMAD
WA ALA ALI MUHAMMAD
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu
yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Ya Allah Ya Rob, kami dengan penuh keyukuran pada pagi/petang ini memohon
kerahmatan dan kesejahteraan kerana berjaya dengan izinmu merealisasikan Kolokium
Wacana Ilmu Dalil Penghujahan dan Intergrasi kaum atas usaha murni FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA UiTM
MELAKA, dengan kerjasama erat, PDRM, AADK, UTM, Jabatan Penerangan
Malaysia,Parlimen Tangga Batu, Japerun Rembia,Komuniti Sejagat serta seluruh
Warga Kampus.
Ya Allah kami amat bersyukur dan insaf serta benar-benar ingin bertakwa
diatas iman dan islam yang telah dikau kurniakan terhadap kami,keluarga kami,
saudara mara kami dan sesiapa yang kau inginkan mereka perolehi hidayahmu Ya
Allah.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami lalai Ya Allah, Kami Leka Ya Allah, Kami Khainat Ya
Allah, Kami Hina Ya Allah, Kami berdosa Ya Allah, Kami Zalim Ya Allah, Ya Allah
kami langsung terlupa dan tidak mahu bersyukur terhadap nikmat Iman dan Islam
yang dikau curahkan Ya Allah, kami sering pentingkan diri, hasat Ya Allah, kami
berpecah belah, fitnah mefitnah,mementingkan pangkat, kuasa dan kedudukan Ya
Allah.Ampunkan kami Ya Allah satukanlah hati-hati kami Ya Allah, sedarkanlah jiwa-jiwa
kami Ya Allah sesunggunya Maha Benar Kau Ya Allah, dunia ini hanya tempat
tumpangan justeru akhirat jualah tempat untuk kami kembali untuk selamanya Ya
Allah.
Ya Allah
Dikau selamatkan,lindungi dan berkati perjuangan jihad saudara kami dibumi
Pelestin, Mesir,Iraq,Afganistan,Iran, dan juga tanah tumpah darah kami
Malaysia,serta Negeri kami Melaka Bandaraya bersejarah Ya Allah.
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, komitmen
dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta
mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama,
bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami,
ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan
yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan
ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami,
eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami
untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan.
Ya Allah, bantulah kami, bantulah kerajaan dan pemimpin kami, untuk menyatu
padukan seluruh rakyat dinegara ini, Ya Allah dikau satukanlah hati-hati para
pemimpin Islam dinegara kami, yang berlainan fahaman, ideologi dan prinsip
perjuangan, Ya Allah, kesihanilah diri kami, para pemimpin kami dan CEO kami
yang sering berselisih antara satu dengan yang lain, sedangkan kami dikau
berikan nikmat Iman dan Islam, Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, sepatutnya kami
menjadi bangsa yang memuliakan agamamu Ya Allah dan bangsa contoh terpuji
kepada umat adam yang lain Ya Allah, bukanlah kami pula yang mengkufuri nikmat
akidah yang dikau curahkan Ya Allah.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan
bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah
apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan
yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
WA SOL LALLAHU ALA SAIDINA MUHAMMAD WA ALA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM WAL
HAMDULILLAHI RABBI ALAMIN.
No comments:
Post a Comment