COLLOQUIUM

OBJEKTIF KOLOKIUM

Kolokium Wacana Ilmu, Dalil dan Penghujahan, Isu Semasa dan Integrasi Kaum, dirangka secara kredibel, efisien dan kompeten untuk menggarap daya wacana ilmu secara tuntas dan kritikal melangkaui pemikiran Lautan Merah ( Red Ocean Strategy - ROS ) kepada pemikiran Strategi Lautan Biru ( Blue Ocean Strategy - BOS ) yang diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang nekad melahirkan generasi muda khususnya siswa-siswi Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ) yang lebih bersedia dari segi perbahasan, perdebatan, penghujahan, forum, kolokium serta percambahan ilmu mengikuti pemikiran arus pembangunan global, mengikut ledakan dan anjakan transformasi pemikiran Pengajian Tinggi Kelas Pertama.

Budaya Pengucapan Awam, Percambahan Pemikiran dan Perkongsian Ilmu secara lebih profesional dan melibatkan ikon yang kredibel merentasi pelbagai bidang pengajian, latar belakang akademik serta kepimpinan yang sanggup turun padang menghampiri warga kampus melalui percambahan wacana kolokium, memperlihatkan sikap akauntabiliti yang tinggi serta terhadap pembaharuan berkongsi [andangan terhadap siswa dan siswi UiTM Melaka, khususnya Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ( FKPM ). Kesediaan dan pembaharuan para siswa dan siswi Diploma Pengajian Media, part 1 ( MMC1101C / MMC1101D / MMC1101E ) menerusi subjek COM 165 The Art Of Public Speaking dan juga ( MMC1104A / MMC1104B ) menerusi subjek COM 266 Issues In Modern Malaysia untuk meneruskan secara berterusan kolokium Wacana Ilmu setiap semester, memperlihatkan kredibiliti para pelajar Komunikasi dan Pengajian Media ( Mass Comm ), untuk memberikan laluan kepada semua pihak dan tampil menggunakan pentas IPT sebagai platform terbaik dalam membentuk pemikiran kesarjanaan yang lebih tulen dan terjamin. 

Pihak Jawatankuasa Induk Kolokium amat menghargai sokongan dan penglibatan serta komitmen Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Mohd Adnan Bin Hashim, Rektor UiTM Melaka, Dr. Rani Diana Binti Othman, Timbalan Rektor Akademik ( HEA ), Encik Shahril Anuar Bin Abdul Ghalim, Ketua Pusat Pengajian Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka dan juga Encik Muhammad Anwar Fahmi Bin Abdullah, B.K.T., Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka, yang terus-menerus menyambut baik penganjuran Kolokium Wacan Ilmu, Dalil dan Penghujahan untuk diterapkan setiap semester melibatkan para siswa dan siswi serta warga kampus UiTM Melaka. 

No comments: