Sunday 9 February 2014

MESYUARAT PERTAMA COLLOQUIUM MCSS

Pada tarikh 30 januari 2014 , satu mesyuarat telah di adakan di DK6 . mesyuarat ini dijalankan untuk memperkenalkan program ini kepada para pelajar kelas MMC1101D dan juga sebahagian pelajar non resident ataupun pelajar yang tinggal di luar kolej . En. Anwar fahmi yang juga merupakan pengilham kepada event ini telah membahagikan tugas kepada ketua-ketua exco serta memberikan keterangan mengenai apa yang bakal berlaku di sepanjang event yang bakal berlansung nanti. 

Event yang bakal merangkumi tiga buah kelas dari part 1 dan dua buah kelas dari part 4. Antara kelas yang bakal terlibat nanti ialah MMC1101C , MMC1101D , MMC1101E , MMC1104A dan MMC1104B . Program yang bertujuan untuk melatih pelajar untuk berani bersuara di atas apa yang sedang terjadi di Malaysia .

 Antara topik yang bakal di bentangkan oleh pelajar ialah kes kes jenayah yang sedang berlaku seperti rogol , rasuah , pembuangan bayi dan lain lain . bukan sekadar kes jenayah malahan topik seperti GST , LGBT juga antara pembentangan menarik yang bakal dibentangkan kepada para hadirin . Harap dengan pembentangan mereka yang hebat-hebat , sedikit sebanyak membuka minda kita yang agak tertutup ini. 

Masalah yang mungkin akan menjatuhkan Malaysia satu hari nanti dan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk membendung masalah ini. Kami telah lakukan , anda bila lagi ?

















No comments: