Thursday, 20 February 2014

SKRIP MC

SKRIP MC
PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM
DIDEWAN BENDAHARA UiTM MELAKA
SABTU,22 FEB.2014, 8.00PAGI-6.00PETANG
PERASMIAN:11.00PAGI
__________________________________________________________

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH,

SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KOLOKIUM,SALAM MELAKA NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU, MELAKA 752 TAHUN, SALAM UKWAH DAN SALAM UiTM DIHATIKU...


YB DATUK DR ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
TIMBALAN MENTERI
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI(MOSTI)

Y.BERBAHAGIA, PROF. MADYA DR MOHD ADNAN BIN HASHIM
REKTOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA(UiTM) MELAKA

Y.BERUSAHA DR. RANI DIANA BINTI OTHMAN
TIMBALAN REKTOR, HAL EHWAL AKADEMIK(HEA)
UiTM MELAKA

YANG DIHORMATI DCP DATUK CHUA GHEE LYE
KETUA POLIS NEGERI MELAKA

Y.BHG.PROF.DATUK DR.MOHD TAJUDIN BIN NINGGAL
PROFESOR PSIKOLOGI KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA





Y.BERUSAHA. EN.NORAZMAN HARUN
TIMBALAN REKTOR
HAL EHWAL PELAJAR, UiTM MELAKA

Y,BERUSAHA. AL FADHIL USTAZ RAHIMIN BIN BANI
KETUA PENOLONG PENGARAH
BHG. PENGUATKUASA
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA

Y.BERUSAHA, TN HJ SHAHNON BIN MOHAMAD
PENOLONG PENGARAH (GSPI)
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA

Y.BERUSAHA.DR. S.SALAHUDIN SUYURNO
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DIMENSI
ALOR GAJAH MELAKA

Y.BERUSAHA.KAPT. B. MARZUKI BIN AB RASHID
PEGAWAI KESELAMATAN KANAN
POLIS BANTUAN, UiTM MELAKA

Y.BERUSAHA. EN. SHAHRIL ANUAR BIN ABDUL GHALIM
KETUA PUSAT PENGAJIAN
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
UiTM MELAKA

Y.BERUSAHA.EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH,B.K.T.
KETUA PENGARAH PROJEK, KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM

Y.BERUSAHA. SDR.MUHAMMAD AMIRUL HASREEN BIN ABDULLAH
KETUA PROJEK, KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM





DATUK/DATIN/PROF/DR/TUAN/PUAN,
PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN.

1.ALHAMDULILLAH ,MARILAH KITA SAMA-SAMA MERAFATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T.KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA, KITA DAPAT BERHIMPUN DI MAJLIS KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM, ANJURAN FAKULTI KOMUNIKASI PENGAJIAN MEDIA UiTM MELAKA DENGAN KERJASAMA ERAT POLIS DIRAJA MALAYSIA(IPK NEGERI MELAKA),JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA,JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA,PARLIMEN TANGGA BATU, JAPERUN REMBIA, UNIT POLIS BANTUAN UiTM MELAKA, JKKK LENDU DAN JUGA PARA SISWA DAN SISWI MMC1101C / MMC1101D / MMC1101E / MMC1104A SERTA MMC1104B, DIPLOMA PENGAJIAN MEDIA, FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN, UiTM MELAKA

2.      PARA HADIRIAN SEKALIAN, PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM ADALAH MERUPAKAN CETUSAN UNTUK MEREALISASIKAN SUATU GAGASAN DAN PERCAMBAHAN ILMU SECARA TUNTAS MENERUSI ELEMEN KOMUNIKASI RETORIK ARISTOTLES SARJANA BAPA PENYELIDIKAN KOMUNIKASI YANG MENGADUNKAN ELEMEN ETHOS(KREDIBILITI), PATHOS(EMOSI) DAN LAGOS(FAKTA) DALAM SPEECHES TO PERSUADE MAHUPUN PENGUCAPAN PEMUJUKAN. PENDEKATAN HUJAH DAN DALIL DISERTAI PEMIKIRAN KRITIKAL DAN DILUAR KOTAK PEMIKIRAN LUMRAH, MERUJUK IDEALISMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, YANG JUGA MENCETUSKAN PENDEKATAN STRATEGIK LAUTAN BIRU(BLUE OCEAN STRATEGY) DALAM ASPEK PENGUCAPAN AWAM SERTA INOVASI DALAM PEMBELAJARAN PENGKULIAHAN TURUT MEMBUKA DIMENSI DAN LEMBARAN BARU DARI KALANGAN WARGA PENDIDIK DAN JUGA PARA SISWA DAN SISWI DI KAMPUS INI.

3.      Y. BHG. DATUK/PROF/DR/TUAN/PUAN, MAJLIS PADA PAGI INI BUKAN HANYA  BERSIFAT KREDIBEL DAN ILMIAH, MALAHAN DIMANTAPKAN LAGI DENGAN PENGLIBATAN PELBAGAI PIHAK, KHUSUSNYA PENDEKATAN CEO PELBAGAI ORGANISASI TURUN PADANG KE ALAM KAMPUS UNTUK MENDEKATI PARA SISWA, SISWI DAN JUGA MASYARAKAT SERTA KOMUNITI SETEMPAT.PENGLIBATAN PELBAGAI ORGANISASI KERAJAAN SEPERTI PDRM,AADK, JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, JABATAN AGAMA ISLAM,UTM, UNIT POLIS BANTUAN, PARLIMEN TANGGA BATU, JAPERUN REMBIA SERTA SELURUH WARGA FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, MEMPERLIHATKAN, DASAR KETERBUKAAN PARA PEMIMPIN NEGARA DAN JUGA PENGURUSAN UiTM YANG SENTIASA MEMBERIKAN RUANG YANG SEBAIK MUNGKIN UNTUK PARA SISWA DAN SISWI BERDISKUSI, BERKONGSI PANDANGAN DAN IDEA SECARA LEBIH PROFESIONAL DAN BERTANGGUNGJWAB, KHUSUSNYA DALAM MENYOKONG SEBARANG BENTUK DASAR DAN POLISI KERAJAAN YANG SEMEMANGNYA DIRANGKA UNTUK PEMBANGUNAN ANAK BANGSA SERTA MASYARAKAT DINEGARA INI.

4.      MAJLIS PADA PAGI INI, DITERUSKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU / IM4U / UiTM DIHATIKU DAN SATU MALAYSIA, MAJLIS DENGAN TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YB DATUK/PROF/DR/TUAN/PUAN DAN DEF-DEF KERHORMAT BANGUN UNTUK MENYANYIKAN LAGI BERKAITAN...

5.      PARA HADIRIN DIJEMPUT DUDUK, MAJLIS MENGUCAPKAN PENGHARGAAN TERHADAP KESUDIAN TUAN/PUAN UNTUK MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN DAN UiTM DIHATIKU SEBENTAR TADI.




6. UNTUK MEMBERKATI PERJALANAN MAJLIS PADA PAGI INI , DIJEMPUT SDR....MOHD DANIAL BIN SHARUDDIN..MEMIMPIN BACAAN DOA .

AMIN2 YA R’ALAMIN...

MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERHADAP BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

7.      MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN TAYANGAN MONTAJ OLEH PARA SISWA DAN SISWI DIPLOMA KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA, UiTM MELAKA. TAYANGAN MONTAJ INI ADALAH MERUJUK PERJALANAN DAN PERSIAPAN AWAL OLEH URUSETIA PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM.

8.      MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PERSEMBAHAN TARIAN TRADISI SENI BUDAYA MALAYSIA, YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH PARA SISWA DAN SISWI BUMIPUTERA MALAYU.PARA HADIRIN SEKALIAN ATAS KONSEP 1 MALAYSIA, DAN KEUNTUHAN SEMANGAT PERPADUAN SERTA INTERGRASI KAUM, KITA UMAT MELAYU DAN BUMIPUTERA MAMPU MEMPERAGAKAN TARIAN SATU MALAYSIA MERENTASI KAUM DINEGARA INI.TARIAN TRADISIONAL MELAYU, CINA DAN INDIA MENJADI DAYA PENARIK PERMULAAN MAJLIS PADA PAGI INI.

9.      PARA HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN SDR MUHAMMAD AMIRUL HASREEN BIN ABDULLAH SELAKU KETUA PROJEK KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM.

10.    MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERHADAP UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI.

11.    MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT EN.SHAHRIL ANUAR BIN ABDUL GHALIM, SELAKU KETUA PUSAT PENGAJIAN, FAKULTI KOMUNIKASI DAN MEDIA UiTM MELAKA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BELIAU DIPERSILAKAN....


12. MAJLIS MERAKAMKAN PENGHARGAAN TERHADAP UCAPAN KETUA PUSAT PENGAJIAN , FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA SEBENTAR TADI.

13. PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN UTAMA DAN PERASMIAN DARIPADA PROF MADYA DR.MOHD ADNAN BIN HASHIM, REKTOR UiTM MELAKA, DENGAN TAKZIMNYA DIPERSILAKAN DR...

14. MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN PENGHARGAAN TERHADAP UCAPAN YANG PENUH KREDIBEL SERTA TUNTAS DARIPADA KEPIMPINAN REKTOR UiTM MELAKA, SEBENTAR TADI.

15.MAJLIS MEMOHON KEPIMPINAN REKTOR KEKAL,TERUS BERADA DIPENTAS UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYERAHAN CENDERAMATA KEPADA PARA VIP.MAJLIS MEMPERSILAKAN EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH PROJEK KOLOKIUM MENGIRINGI EN. SHAHRIL ANUAR BIN ABDUL GHALIM, KETUA PUSAT PENGAJIAN, FKPM UNTUK NAIK KEPENTAS UTAMA.

16.MAJLIS MEMPERSILAKAN YB DATUK DR ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI(MOSTI), TAMPIL MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA KEPIMPINAN REKTOR UiTM MELAKA.

17.MAJLIS MEMPERSILAKAN  YANG DIHORMATI DCP DATUK CHUA GHEE LYE, KETUA POLIS NEGERI MELAKA, TAMPIL NAIK KE PENTAS UTAMA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA REKTOR UiTM MELAKA.

18.SETERUSNYA DIPERSILAKAN Y.BHG.PROF.DATUK DR.MOHD TAJUDIN BIN NINGGAL, PROFESOR PSIKOLOGI KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA, DIPERSILAKAN.


19. DIPERSILAKAN TN HJ SHAHNON BIN MOHAMAD SELAKU PENOLONG PENGARAH (GSPI) JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA REKTOR UiTM MELAKA.

20. MAJLIS MEMPERSILAKAN EN. SHARIL ANUAR ABDUL GHALIM MENYAMPAIKAN CENDERAMATA PENGHARGAAN KEPADA REKTOR UiTM MELAKA,PARA HADIRIN DIMINTA MEMBERIKAN LALUAN KEPADA SESI BERGAMBAR UNTUK TUJUAN LIPUTAN MEDIA, PARA VIP DAN TETAMU KEHORMAT DIJEMPUT SEKALI NAIK KEPENTAS UNTUK MENERUSKAN SESI BERGAMBAR BERKAITAN.

21. TERIMA KASIH KEPADA BARISAN VIP DAN JUGA DEF-DEF JEMPUTAN DIMINTAK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING. MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PEMBENTANGAN SPEECH TO PERSUADE DARI KALANGAN 2 ORANG SISWA DAN SISWI UiTM.

22. DIPERSILAKAN SDRA. MUHAMMAD AMIRUL HASREEN BIN ABDULLAH UNTUK MENYAMPAIKAN TOPIK BERKAITAN CYBER CRIME...

23. PEMBENTANGAN SETERUSNYA DARIPADA SAUDARI SAKINAH BINTI SABUDIN  UNTUK MENYAMPAIKAN TAJUK PEMBENTANGAN BELIAU -GST.DIPERSILAKAN.







24. PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN PEMBENTANGAN SLIDE SPEECH TO PERSUADE MELIBATKAN PELBAGAI TOPIK SEMASA, HANGAT DAN MENARIK YANG MENYENTUH PELBAGAI ISU POLITIK,EKONOMI DAN SOSIAL AKAN DIBENTANGKAN SELEPAS MEMBERIKAN LALUAN KEPADA PERJALANAN KOLOKIUM PERDANA ATAS TAJUK “CABARAN INTERGRASI KAUM DAN PERANAN MEDIA KEARAH KELESTARIAN TAMADUN BANGSA”.


25.       MAJLIS PADA PETANG INI, MENYERAHKAN KEPADA PENGERUSI KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, YANG AKAN DITERAJUI OLEH EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH, B.K.T UNTUK MENERUSKAN KOLOKIUM YANG DINANTI-NANTIKAN PADA PETANG INI.

26.       MAJLIS DITANGGUHKAN UNTUK SOLAT ZOHOR DAN MAKAN TENGAHARI DAN PARA HADIRIN DIMINTA TERUS BERADA DIDEWAN INI UNTUK MENGIKUTI PEMBENTANGAN PARA SISWA DAN SISWI TERHADAP TOPIK SPEECH TO PERSUADE MULAI JAM 2.30PETANG.

27.       MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN PENGHARGAAN KEPADA SELURUH WARGA UiTM, ORGANISASI LUAR DAN JUGA ORANG PERSEORANGAN YANG MENJAYAKAN KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJANAN DAN INTERGRASI KAUM, SEBARANG KELEMAHAN DARIPADA KAMI DIDAHULUI DENGAN PERMOHONAN MAAF, YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH SWT DAN CELA ITU TERBIT DARIPADA DIRI KAMI SENDIRI.

28.    WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

(Teks Ucapan Disediakan Oleh: En.Muhammad Anwar Fahmi Bin Abdullah,B.K.T,
Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM Melaka,
016-3274098 / anwarfahmi36@gmial.com)

(Rujukan penggunaan gelaran dengan panduan Pn.Norazura Mohd Puzi,Pegawai Unit Majlis Dan Protokol Kerajaan Negari Melaka, 06-2307719)




No comments: