Thursday, 20 February 2014

TEKS UCAPAN REKTOR UiTM MELAKA Y.BHG. PROF MADYA DR. MOHD ADNAN BIN HASHIM


TEKS UCAPAN REKTOR UiTM MELAKA
Y.BHG. PROF MADYA DR. MOHD ADNAN BIN HASHIM
PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM
DIDEWAN BENDAHARA UiTM MELAKA
SABTU,22 FEB.2014, 8.00PAGI-6.00PETANG
PERASMIAN:11.00PAGI
__________________________________________________________

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMU’ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH,

SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KOLOKIUM,SALAM MELAKA NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU, MELAKA 752 TAHUN, DAN SALAM UiTM DIHATIKU

YB DATUK DR ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
TIMBALAN MENTERI
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI(MOSTI)

Y.BERUSAHA DR. RANI DIANA BINTI OTHMAN
TIMBALAN REKTOR, HAL EHWAL AKADEMIK(HEA)

YANG DIHORMATI DCP DATUK CHUA GHEE LYE
KETUA POLIS NEGERI MELAKA

Y.BHG.PROF.DATUK DR.MOHD TAJUDIN BIN NINGGAL
PROFESOR PSIKOLOGI KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA








Y.BERUSAHA. EN.NORAZMAN HARUN
TIMBALAN REKTOR
HAL EHWAL PELAJAR, UiTM MELAKA

Y,BERUSAHA. AL FADHIL USTAZ RAHIMIN BIN BANI
KETUA PENOLONG PENGARAH
BHG. PENGUATKUASA
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA

Y.BERUSAHA, TN HJ SHAHNON BIN MOHAMAD
PENOLONG PENGARAH (GSPI)
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA

Y.BERUSAHA.DR. S.SALAHUDIN SUYURNO
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DIMENSI
ALOR GAJAH MELAKA

Y.BERUSAHA.KAPT. B. MARZUKI BIN AB RASHID
PEGAWAI KESELAMATAN KANAN
POLIS BANTUAN, UiTM MELAKA

Y.BERUSAHA. EN. SHAHRIL ANUAR BIN ABDUL GHALIM
KETUA PUSAT PENGAJIAN
FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA
UiTM MELAKA

Y.BERUSAHA.EN.MUHAMMAD ANWAR FAHMI BIN ABDULLAH,B.K.T.
KETUA PENGARAH PROJEK, KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM

Y.BERUSAHA. SDR.MUHAMMAD AMIRUL HASREEN BIN ABDULLAH
KETUA PROJEK, KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM





DATUK/DATIN/PROF/DR/TUAN/PUAN,
PARA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN.

1.ALHAMDULILLAH ,MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T.KERANA DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA, KITA DAPAT BERHIMPUN DI MAJLIS KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM, ANJURAN FAKULTI KOMUNIKASI PENGAJIAN MEDIA UiTM MELAKA DENGAN KERJASAMA ERAT POLIS DIRAJA MALAYSIA(IPK NEGERI MELAKA),JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA,JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA,PARLIMEN TANGGA BATU, JAPERUN REMBIA, UNIT POLIS BANTUAN UiTM MELAKA, JKKK LENDU DAN JUGA PARA SISWA DAN SISWI MMC1101C / MMC1101D / MMC1101E / MMC1104A SERTA MMC1104B, DIPLOMA PENGAJIAN MEDIA, FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN, UiTM MELAKA

2.      IZINKAN SAYA MERAKAMKAN UCAPAKAN PENGHARGAAN TERHADAP KEHADIRAN PARA VIP DAN JUGA PARA PANEL SERTA TETAMU JEMPUTAN KHUSUSNYA YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH, TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI(MOSTI), YANG SANGGUP TURUN PADANG BUKAN SAHAJA ATAS KONSEP PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT MALAHAN DENGAN NIAT UNTUK MENDEKATI PARA SISWA DAN SISWI SERTA PERHIMPUNAN PELBAGAI KAUM DAN JUGA ORGANISASI KERAJAAN SERTA NGO, KHUSUSNYA UNTUK MENDENGAR HUJAH DAN DALIL BERKAITAN KOLOKIUM PERDANA YANG BERTAJUK “CABARAN INTERGRASI KAUM DAN PERANAN MEDIA KEARAH KELESTARIAN TAMADUN BANGSA”.








TERBANG TINGGI SIBURUNG HELANG
SINGGAH SEBENTAR DIGUNUNG TAHAN
DARI JAUH TUAN DATANG
ORANG MELAKA TETAP HULURKAN TANGAN

MAKAN PURI BERKARI AYAM
TINGGI SELERA KEBANYAKAN ORANG
BUAT APA TUAN/PUAN DATANG
JIKA BUKAN JULANG AGENDA PERPADUAN


3.      PARA HADIRIN SEKALIAN UiTM MELAKA BUKAN HANYA MENJADI PUSAT PERCAMBAHAN DAN PEMBANGUNAN LEDAKAN TRANSFORMASI ILMU DIPERINGKAT PENGAJIAN TINGGI, MELIBATKAN PARA SISWA DAN SISWI BUMIPUTERA MELAYU SABAR DAN SARAWAK, MALAHAN IPT AWAM INI JUGA, TURUT MELAKAR SEJARAH KEARAH DIMENSI PENYATUAN INTERGRASI KAUM SERTA PERPADUAN UMMAH SELARAS DENGAN AGENDA UTAMA KEPIMPINAN YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK, SELAKU PERDANA MENTERI MALAYSIA, YANG SERING KOMITED UNTUK MELIHAT RAKYAT BERBILANG KAUM DINEGARA INI, KHUSUSNYA MELIBATKAN MAJORITI POPULASI BANGSA MELAYU, DIIKUTI MASYARAKAT CINA, INDIA SERTA SUKU KAUM LAIN SABAH DAN SARAWAK SERTA MASYARAKAT PERIBUMI ASLI, SENTIASA MEMAHAMI ASPIRASI DAN AGENDA KERAJAAN UNTUK MEREALISASIKAN WAWASAN 2020 SECARA LEBIH MAMPAN DAN REALISTIK.






4.      SUKALAH SAYA MENGIMBAU KEMBALI ASAS PENUBUHAN UiTM YANG SEBENARNYA BERMULA DARIPADA DEWAN LATIHAN RIDA 1956-1965, DIIKUTI PADA TAHUN 1965-1967 DIKENALI SEBAGAI MAKTAB MARA DAN PADA TAHUN 1967 HINGGA 1999 DIKENALI SEBAGAI INSTITUT TEKNOLOGI MATA ATAU UNIVERSTITI TEKNOLOGI MARA(UiTM) PADA MASA KINI.UiTM YANG BERMULA DENGAN 50 ORANG GRADUAN PERTAMA DIMAJLIS KONVOKESYENNYA PADA TAHUN 1964 KINI IPT AWAM INI INGIN MENYASARKAN PENGAMBILAN SERAMAI 250,000 PELAJAR YANG JUGA DIILHAMKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA.

5.      PARA HADIRIN SEKALIAN, KINI UiTM BERUSIA HAMPIR 60 TAHUN PENUBUHANNYA, MANAKALA UiTM MELAKA PULA MENYAMBUT TAHUN KE 30 PENUBUHAN IPT INI DINEGERI MELAKA, IPT AWAM INI, BUKAN HANYA TELAH BANYAK BERJASA KEPADA SELURUH MASYARAKAT SERTA GENERASI MUDA YANG MENDAHAGAKAN DAYA KEINTELEKTUALAN SERTA PERCAMBAHAN ILMU MERENTASI BIDANG PENGAJIAN YANG MENURUT KEHENDAK PASARAN SERTA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA.SEPEKARA LAGI, KAMI BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA KEPIMPINAN KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI KHUSUSNYA DALAM MEMBERIKAN RUANG DAN PELUANG TERHADAP KEWUJUDAN UiTM, DITIGA DAERAH NEGERI MELAKA, YANG MELIBATKAN PENUBUHAN KAMPUS ALOR GAJAH DENGAN ENROLMEN PELAJARNYA SERAMAI 9,000 ORANG, KAMPUS BANDARAYA MELAKA SERAMAI 5,000 ORANG MANAKALA KAMPUS BARU KAMI DI JASIN SERAMAI 5,000 ORANG PELAJAR, JUMLAH SEBENAR SISWA DAN SISWI UiTM ADALAH SERAMAI 19,000 ORANG SECARA KESELURUHANNYA PADA MASA INI.








6.      PARA HADIRIAN SEKALIN, KEPIMPINAN KERAJAAN SENTIASA BERUSAHA SECARA SERIUS  UNTUK MEMASTIKAN MASYARAKAT BUMIPUTERA MELAYU, SABAH DAN SARAWAK YANG MASIH LAGI AMAT MEMERLUKAN SOKONGAN, PERHATIAN SERTA BIMBINGAN DARI ASPEK PEMBANGUNAN MODAL INSAN SERTA PENINGKAT CAPIAN ILMU YANG LEBIH KREDIBEL SERTA RELEVEN MENGIKUT ARUS PASARAN GLOKAL DAN GLOBAL.KITA SEDAR DAN BERINGAT HANYA ILMU BAKAL MENJADI ASET BERGUNA BUKAN HANYA UNTUK KAUM MELAYU DAN BUMIPUTERA, MALAHAN SELURUH UMAT MANUSIA, JIKA KITA GAGAL MENGUASAI ILMU DAN KEMAHIRAN INOVASI SERTA TEKNOLOGI SAINS, HARI INI BANGSA DAN NEGARA INI BAKAL TERCICIR DARIPADA AGENDA PEMBANGUNAN EKONOMI GLOBAL, DAN AMAT MUSTAHIL MALAYSIA MAMPU MENCAPAI WAWASAN NEGARA PADA TAHUN 2020.

7.      PARA HADIRIAN SEKALIAN SAYA MEMUJI TINDAKAN PANTAS DAN BIJAK SERTA BERANI PARA SISWA DAN SISWI UiTM YANG AMAT OPTIMIS SERTA BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KEPIMPINAN KERAJAAN YANG SEDIA ADA UNTUK MENJAYAKAN AGENDA PENYATUAN PERPADUAN DAN INTERGRASI KAUM DINEGARA INI SECARA LEBIH REALISTIK, KITA TAHU, SEDAR DAN DAN PASTI UiTM ADALAH KHAZANAH ULUNG DAN TERPELIHARA MASYARAKAT MELAYU BUMIPUTERA, NAMUN HARI INI JELAS DAN TERBUKTI ANAK BANGSA BUMIPUTERA MELAYU INI, TAMPIL MENGANJURKAN PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM, BUKAN HANYA MEMENTINGKAN ASPEK PEMBANGUNAN DAN PENYATUAN SATU KAUM SAHAJA, MALAHAN AKHLAK TERPUJI ANAK BANGSA KITA ADALAH, KITA MENJADI PEMUDAHCARA DAN MODERATOR YANG TERBAIK DALAM MEMASTIKAN SELURUH MASYARAKAT DINEGARA INI BETRSATU PADU DALAM MEMBINA NEGARA BANGSA YANG LEBIH UNTUH DAN MAMPAN.

7.      SAYA JUGA AMAT KAGUM DAN TERHARU DENGAN PELBAGAI PERSEMBAHAN MENARIK DARI KALANGAN PARA SISWA SISWI DAN GANDINGAN PARA PENSYARAH UiTM YANG TAMPIL KREATIF SERTA BERFIKIRAN KRITIKAL MERUJUK PENDEKATAN NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY(NBOS) YANG DIILHAMKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI KITA, KHUSUSNYA DALAM MEMPERSEMBAHKAN PELBAGAI AKTIVITI, PERSEMBAHAN BUDAYA MERENTASI KAUM SERTA PERKONGSIAN ILMU DAN JUGA KUPASAN ISU SEMASA NEGARA SECARA LEBIH REALISTIK DAN KONSISTEN, YANG JUGA MAMPU MEMBERIKAN PEMAHAMAN TERHADAP RAKYAT DIPERINGKAT AKAR UMBI. PARA HADIRIN SEKALI, PENDEKATAN PEMIMPIN PELBAGAI ORGANISASI TURUN PADANG DALAM PLATFORM AKADEMIK SERTA PENGLIBATAN WARGA PENDIDIK SERTA GENERASI MUDA KHUSUSNYA SISWI DAN SISWI MENUNJUKKAN IDEALISMA KERAJAAN SEMANGKIN TERSERLAH KHUSUSNYA MELALUI PENDEKATAN PROGRAM SUKARELAWAAN SERTA NBOS INI, YANG LEBIH PRATIKAL SERTA MENGIKAT KESATUAN MASYARAKAT SECARA LEBIH TULEN DAN MANTAP.

8.      KAMI DIPERINGKAT IPT AMAT MENYOKONG PENUBUHAN MAJLIS KONSULATASI PERPADUAN NASIONAL, YANG DIILHAMKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, KHUSUSNYA DALAM MENJAGA PERPADUAN KAUM DINEGARA INI AGAR TERUS TERPELIHARA, SELEPAS 57 TAHUN, NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN.KITA SELURUH MASYARAKAT TANPA MENGIRA, AGAMA, BANGSA, RAS DAN KETURUNAN WAJAR MEMPERTAHANKAN KESATUAN,  PERPADUAN DAN INTERGRASI KAUM SECARA LEBIH BERTANGGUNGJAWAB MELALUI PENGHAYATAN KEUNTUHAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAAN SERTA KONTRAK SOSIAL YANG DICAPAI KETIKA NEGARA MENCAPAI RESOLUSI KEMERDEKAAN. JIKA SEMUA PIHAK BERPEGANG KEPADA KETINGGIAN DAN KEUNTUHAN UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA YAKNI PERLEMBAGAAN BERSEKUTUAN SAYA YAKIN, TIDAK ADA ISU MAHUPUN HASUTAN INDIVIDU, KUMPULAN DALAM ATAU LUAR NEGARA YANG MAMPU MENGUGAT PERPADUAN KAUM DINEGARA INI.

9.      PARA HADIRIN SEKALIAN DUNIA MEMANDANG TINGGI AKAN SEMANGAT PERPADUAN KAUM DAN TOLENRANSI MASYARAKAT MAJORITI SERTA MINORITI DINEGARA INI, JIKA DISENTUH ASPEK PERPADUAN KAUM SAHAJA, DUNIA AKAN MERUJUK MALAYSIA SEBAGAI BENCHMARK YANG TERBAIK, JIKA DUNIA SUDAH DAN TERUS MENERUS MERUJUK KITA, MENGAPA PULA KITA RAKYAT PELBAGAI KAUM DINEGARA INI, MAHU MELIHAT KEPINCANGAN, PERBALAHAN DAN KEHANCURAN NEGARA BANGSA YANG TELAH LAMA KITA BINA HAMPIR 57 TAHUN YANG TERDAHULU. PARA HADIRIN SEKALIN UNTUK MEMBINA SATU TAMADUN BANGSA BUKANLAH MUDAH MALAHAN PERISTIWA 13 MEI 1969 MASIH SERING MENGHANTUI SELURUH MASYARAKAT DINEGARA INI, NAMUN HAKIKAT KONFLIK ANTARA KAUM YANG DITIMBULKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG BERKEPENTINGAN POLITIKING SEMPIT INI WAJAR DIHENTIKAN DAN DITOLAK SECARA TOTAL. MALAYSIA TIDAK MEMERLUKAN KEMUNCULAN DAN KEWUJUDAN KUMPULAN EKSTREM DAN PUAK PELAMPAU UNTUK MENGURUS DAN MENGATUR PENTADBIRAN,PENGURUSAN EKONOMI DAN PERPADUAN KAUM DINEGARA INI.

10.    PARA HADIRIN SEKALIAN MANA MUNGKIN HASIL PEMBANGUNAN  NEGARA YANG DICAPAI 57 TAHUN DAHULU DENGAN BUKTI DAN KESUNGGUHAN KEPIMPINAN KERAJAAN DALAM MEMPERTAHANKAN UNJURAN KDNK YANG MANTAP, KADAR INFLASI NEGARA SEBANYAK 3% DAN PERTUMBUHAN EKONOMI SEBANYAK 5% SETIAP TAHUN SERTA PENDEKATAN RASIONALISASI SUBSIDI KERAJAAN YANG YELAH BANYAK MEMBANTU PEMBANGUNAN FIZIKAL, SERTA PEMBELAAN KEBAJIKAN RAKYAT DALAM PELBAGAI ASPEK KEHIDUPAN, SENGAJA MAHU DICEMARI SERTA DIGULINGKAN SECARA TRAGIS, MAKA ITU, SAYA MELIHAT PERANAN PARA PENSYARAH, SISWA DAN SISWI UiTM INI CUKUP MURNI DAN IKHLAS UNTUK MENJADI BANGSA BUMIPUTERA YANG BUKAN HANYA MAHU DIHORMATI DAN DIPERAKUI HAK MEREKA MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ,NAMUN BANGSA INI ADALAH SAHABAT SETIA SERTA KELUARGA ATAS KONSEP 1 MALAYSIA YANG SERING DILAUNGKAN OLEH KEPIMPINAN KERAJAAN YANG SEDIA ADA.

11.    PARA HADIRIN SEKALIAN, SAYA BERDOA DAN AKAN TERUS MENYOKONG PERJUANGAN JAWATANKUASA KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM, AGAR PROGRAM INI MAMPU DITERUSKAN SETIAP SEMESTER BUKAN HANYA UNTUK MEMBANTU KERAJAAN DALAM ASPEK PERPADUAN DAN INTERGARSI KAUM MALAHAN, MANJADIKAN ASPEK PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN BERDASARKAN PROBLEM BASED LEARNING SERTA ANJAKAN INOVASI DALAM SISTEM PENGAJIAN DAN PENGKULIAHAN PERINGKAT KAMPUS, KINI TERBUKTI SISWA, SISWI SELURUH WARGA PENDIDIK TURUN PADANG MENDOKONG AGENDA PENYATUAN KAUM SECARA LEBIH REALISTIK DAN KONSISTEN.

12.    DENGAN INI, SEKALI LAGI SAYA MENGUCAPKAN JUTAAN PENGHARGAAN KEPADA SELURUH PIHAK YANG AMAT KOMITED,SERIUS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM INI.DENGAN INI SAYA MERASMIKAN PROGRAM KOLOKIUM PERDANA WACANA ILMU, DALIL PENGHUJAHAN DAN INTERGRASI KAUM SECARA RASMINYA.

13.    WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

(Teks Ucapan Disediakan Oleh: En.Muhammad Anwar Fahmi Bin Abdullah,B.K.T,
Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM Melaka,
016-3274098 / anwarfahmi36@gmial.com)

(Rujukan penggunaan gelaran dengan panduan Pn.Norazura Mohd Puzi,Pegawai Unit Majlis Dan Protokol Kerajaan Negari Melaka, 06-2307719)




No comments: